Thursday, July 29

Nuffnang bersifat perkauman?

Jabatan Perhubungan Blogger(new comment) says:

28/07/2010 at 10:44 AM

Setelah membaca blog dan tweet saudara, pihak kami berasa saudara mungkin tersalah faham tentang prosedur pemilihan pemenang-pemenang peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang.

Seperti mana yang telah dikemukakan di bahagian Terma & Syarat (Terms & Conditions), semua peraduan akan dihakimi berdasarkan kreativiti artikel blog yang dihantar. Butir-butir lain seperti bangsa, agama, umur, lokasi tidak pernah diambil kira dalam mana-mana prosedur penghakiman peraduan bersama komuniti Nuffnang. Pemenang-pemenang bagi setiap peraduan dipilih kerana para hakim yang terdiri daripada wakil pengiklan dan wakil Nuffnang berasa artikel blog yang mereka hantar merupakan artikel-artikel blog yang paling kreatif bagi peraduan tersebut. Bahasa yang digunakan peserta juga tidak diambil kira (Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil) selagi artikel tersebut boleh dibaca para hakim (tanpa singkatan yang mengelirukan).

Pihak kami amat memahami perasaan syak wasangka saudara bahawa sistem penghakiman peraduan mungkin tidak adil kerana kebetulan ketiga-tiga pemenang peraduan tersebut adalah dari bangsa Cina. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa sistem penghakiman yang digunakan adalah saksama tanpa mengira butiran peserta dan hanya berdasarkan kreativiti blog post yang diterima.

Dakwaan saudara bahawa peraduan di komuniti Nuffnang tidak pernah dimenangi blogger berbangsa Melayu adalah tidak benar sama sekali. Pelbagai blogger berbangsa Melayu telah memenangi peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang. Berikut merupakan sebilangan kecil pemenang-pemenang peraduan yang telah dianjurkan di komuniti Nuffnang;

Nurul Aina binti Zakaria (http://silampuneon.blogspot.com/2010/05/big-fish-moment-with-pizza-hut.html) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
Azham Ariff bin Abd. Aziz (http://azham.smskb.edu.my/?p=1839) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
Fairuz binti Mohd Tajalli (http://www.rozeboomerang.com/2010/01/one-funny-video.html) – flymas.mobi video contest, Tiket Penerbangan ke Tokyo/Seoul
Sharizal (http://tehtarikmemoirs.blogspot.com/2010/02/blackberry-storm-9520-by-celcom-enter.html) – Celcom Blackberry Storm Blogging Contest, Blackberry Storm sebagai hadiah
Nor Iman Mazuki (http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/astro-byond-bloggers-night.html) – Astro B.yond Blogging Contest, 32″ HD LCD TV

Pihak kami berharap saudara bersama pembaca blog anda memahami prosedur sebenar di sebalik pemilihan pemenang-pemenang peraduan. Kami juga berharap bahawa komen ini sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan anda terhadap kesaksamaan pemilihan pemenang-pemenang peraduan di komuniti kami.

Sekian,
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

*********************************************************************************************

Haih..macam-macam isu la sekarang ni..duk tergempaq sekarang kat blog-blog pasal nuffnang pilih bulu..isy..heran ai..betul ke nuffnang pilih bulu..Tak rasa camtu pun..Sebab apa-ape hal semua boleh join..semua boleh untung..Itu la orang cakap..dah nama manusia..kita takkan pernah nak merasa cukup..kita takkan pernah nak berbaik sangka..Apa-apa pun ai harap semua blogger kat Malaysia ni tak kira la melayu ker..cina ker..india ker..siam ker..harap kita semua leh berbaik-baik sangka le yek..

14 comments:

Mario on July 29, 2010 at 10:04 AM said... [Reply]

tak penah join...tapi lepas ni macam nak join la...try test...

ice♥ice on July 29, 2010 at 5:25 PM said... [Reply]

xpenah taw sal ni...hoho :P

akuvision on July 29, 2010 at 5:38 PM said... [Reply]

ini pun boleh jadi isu ke?

akuvision on July 29, 2010 at 5:42 PM said... [Reply]

rasanya takde pilih kasih kat sini, nasib masing - masing

marina anakcikbob on July 29, 2010 at 7:31 PM said... [Reply]

rasa nye macam xpilih kasih je kak..
xpenah rasa mcm tu pon..

leeza on July 30, 2010 at 1:19 PM said... [Reply]

@Mario kena cuba try test dulu ni ..hehhehhe

L-E-E-Z-A on July 30, 2010 at 1:20 PM said... [Reply]

@ice♥ice tu la..tetiba jd isu hot..hihihi

leeza on July 30, 2010 at 1:21 PM said... [Reply]

@akuvision sekarang mcm2 leh jd isu :-)

leeza on July 30, 2010 at 1:21 PM said... [Reply]

@akuvision rs nyer cmtu la..ikut nasib le kan semua tu :-)

leeza on July 30, 2010 at 1:22 PM said... [Reply]

@marina anakcikbob tu la mar..akak pun tak nah rs cmtu..cam sama rata ja semua..

sop on July 30, 2010 at 2:45 PM said... [Reply]

nak menang? kena kreatif.. mmg sukar bila persaingan byk.. biasanya sop masuk kesemua peraduan. bila dpt list pemenang, sop akan lihat semua link pemenang.. mmg dorang layak sbb mmg hebat..

oleh itu, sop akan jadikan panduan utk peraduan2 akan datang..

harap2 nanti sop pun boleh menang!

leeza on July 30, 2010 at 2:50 PM said... [Reply]

@sop betul tu sop..adat pertandingan..ada menang ada kalah..klu kita rasa kita kreatif..ada lg org lain yg lbh kreatif dr kita...

nuriz on August 1, 2010 at 9:26 AM said... [Reply]

oh ni ke yg dikatakan isu hot tu, dgr jugak psl ni.

Cikidong on August 2, 2010 at 1:57 PM said... [Reply]

terima la hakikat yg kurang kreatif tu sapa... hihihihi

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily