Wednesday, June 30

Ingin jadi bapa mithali?

Selalunya rungutan demi rungutan selalu kita dengar bila orang perempuan bercerita tentang suami dan menjaga anak. Suami  liat dan malas menjaga anak. Itulah luahan hati isteri-isteri yang kecewa dengan sikap suami. Namun, realitinya, tidak semua lelaki seperti itu.Betul tak ?
Zaman sekarang ini, makin ramai lelaki yang berjawatan bapa mampu menjalankan tanggung jawab dorang dengan baik. Cuma, malangnya, di negara kita ini, masiimagesh belum ada lagi gelaran ‘Bapa Mithali’. Walau apa pun, bukan gelaran itu yang penting. Tanggung jawab dan keprihatinan terhadap keluarga perlu diutamakan. Tidak dinafikan, memang susah nak menjadi yang terbaik. Tapi, kalau rajin dan kuat berusaha, tiada yang mustahil dalam hidup.
Papa yang baik
Nak jadi pap yang baik? Boleh. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dalam zaman yang serba canggih ini, selalu kita lihat suami tidak lagi duduk goyang kaki di depan televisyen. Mereka kini sama-sama mengasuh anak dan melakukan kerja rumah. Inilah hasil masyarakat penyayang dan berilmu. Suami dan isteri berfikiran terbuka dan sama-sama memikul tanggung jawab yang telah diamanahkan. Kedua-duanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Kepada bapa-bapa baru, korang mungkin sungguh bersemangat untuk menimba ilmu mengasuh anak-anak. Banyak korang ingin tahu sehingga ada kalanya hampir semua tugas isteri ingin diambil. Alangkah bagusnya kalau semua suami seperti itu. Tapi, biasanya semangat yang ditunjukkan itu separuh jalan. Bila anak sudah bertambah dan semakin ramai, suami-suami ini akan jadi malas. Tinggallah isteri seorang diri mengasuh anak-anak. Sifat inilah yang korang para suami perlu elakkan. Sebolehnya, layanlah anak-anak dengan penuh bersemangat.
Diakui, mungkin ada sesetengah suami yang tidak berniat untuk membiarkan isteri mengasuh anak sendirian. Mereka ingin turut serta dalam proses membesarkan anak-anak. Tetapi malangnya, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kepada bapa-bapa seperti ini, janganlah malu bertanya. Tanya pada isteri, apa yang boleh korang bantu. Ketahuilah bahawa pertolongan korang walaupun sedikit sangat bermakna.
Untuk itu, sebaiknya korang mulakan daripada yang mudah. Misalnya, tolong isteri menyusukan anak, menukarkan lampin, atau paling tidak pun tolong tidurkan anak. Selepas mahir melakukan kesemua itu, cubalah pula melakukan kerja yang susah sedikit seperti mandikan anak dan memakaikan mereka pakaian.
Tetapi, jika korang masih rasa kekok menjaga anak, apa kata jika korang mengambil alih tugas isteri mengemas rumah. Biarkan isteri menjaga anak sahaja. Kerja-kerja rumah lain korang yang buat. Senang kan?
Ini taklah bermakna korang tak perlu tahu tentang hal-hal penjagaan anak. Bukan untuk mendera, tetapi sebagai persediaan jika korang terpaksa tinggal berdua dengan anak ketika isteri outstation.
Masa bersama anak
Kepada para bapa, selalulah luangkan masa bersama anak-anak. Sebagai bapa yang bekerja, masa untuk anak dan keluarga tentunya terhad. Namun, ini bukanlah alasan untuk mengetepikan anak. Mereka perlulah belaian kasih sayang daripada kedua-dua ibu dan bapanya. Bukan daripada ibu sahaja. Korang perlu ingat bahawa untuk menjadi ibu atau bapa yang bertanggung jawab, peruntukan masa sebanyak mungkin dengan anak-anak. Walau bagaimanapun, yang penting ialah kualiti masa yang korang luangkan bersama anak dan bukan kuantitinya. Pastikan setiap saat bersama anak diisi dengan penuh bermakna.

0 comments:

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily