Wednesday, June 2

Apabila Blog Anda Ada Kualiti, Pastinya…

Ai rasa terpanggil nak baca sampai habis artikel ni..sangat menarik..memang penting pun kan kalau nak berblog mestila ada kualitinya dalam setiap entri..baru la orang nak baca..jangan tengok pada kuantitinya saja..kerap buat entri  tapi dalam entri tak dak kualiti..Ai baca artikel ni dekat blog abang nara..salah satu tempat rujukan ai dalam dunia blog ni..entri dia sangat simple dan senang nak faham..Macam mana kita nak makesure entri kita berkualiti?Jom tengok apa kata abang nara dalam isu ni.

Dalam dunia ini ada berpuluh-puluh juta blog. Di Malaysia sahaja rasanya ada dekat 2,3 juta blog. Setiap hari akan ada beratus-ratus ribu blog baru muncul. Jadi macam mana kita hendak bersaing dengan jutaan blog di seluruh dunia ini?

Jawapannya hanya satu sahaja. Pastikan blog anda ada kualiti. Mari saya beri 3 contoh blog yang saya terjumpa dan saya terus melekat kerana kualiti penulisan blog-blog tersebut.

1. Rohaizad - keikhlasan dan kesungguhannya saudara Rohaizad untuk berkongsi ilmu blogging sememangnya terserlah dengan setiap entri beliau. Kualiti post sentiasa terjaga. Kadang-kala sengaja ditimbulkan persoalan untuk mengajak kita berfikir. Setiap hari pasti akan saya lawati blog saudara Rohaizad untuk menimba sedikit ilmu yang beliau sudi kongsikan.

2. Obefiend - blog mamat ini sememangnya berkualiti dari segi lawak dan idea-idea pelik. Kalau rasa nak gelak dan berfikir secara serius, memang akan pergi ke blog Obefiend. Walaupun kebanyakan entri ditulis dalam English, tapi cara penulisan yang penuh feel sememangnya kena dengan jiwa saya.

3. Kujie2 - satu contoh blog peribadi yang sangat berjaya. Walaupun kebanyakan topik Kak Kujie berkisarkan kehidupan hariannya, tapi cara pengolahan cerita memang sangat menarik. Diselang-seli dengan lawak selamba, memang saya akan tersengih bak kerang busuk setiap kali ke blog Kak Kujie.

Dari 3 contoh blog di atas apa yang dapat kita simpulkan? Saya percaya yang mereka bertiga iniberblog bukan kerana wang tetapi kerana mahu berkongsi sesuatu dengan kita semua. Dan setiap perkongsian dilakukan dengan penuh teliti, dijaga kualitinya dan ada gaya yang tersendiri.

Pesanan saya, jangan risau sekiranya blog anda tidak mempunyai ramai pengunjung setakat ini. Apabila blog anda ada kualiti, pastinya jumlah pengunjung akan naik. Dan bila pengunjung sudah ramai, maka pastinya anda akan tersenyum riang dengan earning yang bakal anda jana. Formulanya:-

Blog Berkualiti = Traffik Meningkat = Earning Pun Meningkat

P.S: Rasa-rasanya macam mana saya boleh terjumpa ketiga-tiga blog di atas? Misteri tak?

Tengok..nak buat apa-apa pun kita kena ikhlas kan..bila ikhlas baru la apa yang kita buat timbul dari hati..bila timbul dari hati..sudah tentu la akan wujud kualiti..tak kira la dalam berblog ke..dalam perhubungan ke..dalam study ke..semua tu kena ikhlas dan ada matlamat sendiri.

3 comments:

DaHLia on June 2, 2010 at 11:28 AM said... [Reply]

+ bro etomyam pun besh gak :)

mrs.JamaL on June 2, 2010 at 1:13 PM said... [Reply]

betul tu..berbelog bukan kerana wang...

aper pown tenkiu kat u sebab banyak tips n tutor i kutip kat sini

fndrocka on June 2, 2010 at 3:42 PM said... [Reply]

tapi aku percaya ketiga2 boleg tu..ada marketing plan yang bagus untuk mempromosikan kualiti blog dorg.

aku ada follow banyak blog bagus dan berkualiti dari dorg, tapi blog tu tak popular..sebab low-profile..dorg tak promosikan.

Latest Entri : Cerita Panas

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily