Tuesday, June 1

Ada jugak yang suka makan tanah…

Macam pelik kan tengok tajuk entri ai hari ni..Tapi tu la yang berlaku..ada budak-budak yang suka makan tanah..Tengok harian metro hari ni muka depan..Agaknya apa ler rasa yek dorang makan tanah..boleh ke telan..Ai kalau terkena debu-debu tanah masa kat jalan pun rasa melekat je kat keronkong ni..Tapi budak-budak ni boleh plak telan yek..Macam – macam la dunia sekarang ni..Nak baca berita penuh leh gi kat online harian metro..

 

SUNGAI PETANI: “Saya suka makan tanah, biarpun ia keras tapi sedap,” kata I Yogeswary, 9, seorang daripada empat budak yang dimasukkan ke Hospitalfrontpage Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kerana dijangkiti kuman selepas dipercayai memakan tanah.

Empat kanak-kanak perempuan berusia antara enam hingga sembilan tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat jangkitan kuman kerana dipercayai makan tanah sejak beberapa bulan lalu.

Kanak-kanak itu ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lembu, Jalan Jeniang, dekat sini, dua hari lalu oleh beberapa ahli parti MIC yang membuat program pemeriksaan kesihatan di kampung berkenaan pada 28 Mei lalu sebelum dikejarkan ke hospital.

Selain Yogeswary, dua adiknya Nageswati, 7, dan Ganggadevi, 6, serta seorang saudara mereka Vikneswary, 9, kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak tiga hari lalu.

Yogeswary berkata, dia bersama dua lagi adiknya serta seorang saudaranya memakan tanah merah yang diambil di depan rumah dan perbuatan itu dilakukannya setiap hari sejak setahun lalu tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Setiap hari kami mengambil tanah itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar bagi mengelak dilihat bapa sebelum masuk ke dalam bilik dan memanggil adik serta saudara untuk makan tanah itu bersama,” katanya, semalam.

Pengarah HSAH, Dr Hariff Fadzilah Hashim yang dihubungi berkata, kanak-kanak terbabit dimasukkan ke hospital itu tiga hari lalu selepas mengalami pelbagai penyakit seperti kurang darah, jangkitan kuman dan kurang zat.

“Bagaimanapun, keempat-empat mereka stabil tetapi, kami masih membuat kajian mengenai punca penyakit mereka,” katanya.

4 comments:

husnazainal on June 1, 2010 at 11:34 AM said... [Reply]

ape mengarut sgat neh makan tanah...
suh mak dia bt cekodok kat lagi sedap..adoi..

IMAN'S UMI on June 1, 2010 at 11:54 AM said... [Reply]

Mesti si Yogeswari tu yg pandai2 ngajar adik2 dia mkn tanah, apela kakak camnih...klu mkn daun jambu blh trima lagi, mkn la makanan manusia...ko ni.

iqbalsyarie on June 1, 2010 at 11:54 AM said... [Reply]

Subhanallah...uniknya manusia ni~menentang fitrah..

bspotgurl on June 1, 2010 at 12:41 PM said... [Reply]

Sedih ler pulak I rasa

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily