Thursday, June 24

10 lelaki yang hidup memang asyik kira duit

Bila la agaknya ai ni nak termasuk dalam geng2 dorang ni..kira duit..dorang kira duit kertas..tapi ai duk kira duit syiling dalam tabung ja..agaknya dorang punya duit ni leh beranak kot yek..tu pasal jadi belambak semacam ja..tapi ai punya duit..lagi banyak guna lagi la cepat habis..tak penah-penah pun nak beranak pinak..tapi tak pa..biaq cukup makan pakai dah la…kat sana nanti tak kena banyak soal..kalau duit banyak ni memang senang kat dunia ni..nun nanti pi kat sana..susahnya..semua kena soal camna kita belanja duit kita yang banyak tu..

1. CARLOS SLIM HELU Nilai bersih: RM177.6 bilion Sumber: Telekomunikasi Negara: MexicoHARTAWAN telekomunikasi ini berpendapatan RM61.4 bilion setahun. Baru-baru ini mendapat kebenaran untuk menyatukan aset dalam syarikat talian tetap dengan American Movil, syarikat telefon bimbit terbesar Amerika latin. Derma RM216 juta untuk membiayai projek kajian dan perubatan genomik dengan bilionair Amerika Syarikat, Eli Broad.


2. BILL GATES Nilai bersih: RM176 bilion Sumber: Microsoft Negara: Amerika Syarikat HARTAWAN perisian komputer memiliki nilai harta meningkat RM43 bilion setahun berikutan peningkatan harga saham Microsoft sebanyak 50 peratus dalam masa 12 bulan, nilai syarikat pelaburannya juga bertambah. Lebih 60 peratus hartanya adalah daripada pelaburan di luar Microsoft, termasuk Hotel Four Seasons, Televisa dan Auto Nation.

3. WARREN BUFFETT Nilai bersih: RM156 bilion Sumber: PelaburanNegara: Amerika Syarikat HARTA pelabur kesayangan Amerika Syarikat ini yang meningkat RM33 billion dalam masa 12 bulan lalu berikutan peningkatan saham dalam Berkshire Hathaway berkata, negara itu berjaya menghadapi ekonomi ‘Pearl Harbour’ tetapi memberi amaran, pemulihan akan mengambil masa yang perlahan.

4. MUKESH AMBANI Nilai bersih: RM96 billion Sumber: Petrokimia, minyak dan gas Negara: India SYARIKATNYA, Reliance Industries, antara paling berharga di India, baru-baru ini membida sebanyak RM6.6 bilion untuk mendapatkan 65 peratus saham dalam sebuah syarikat minyak Kanada yang berdepan dengan masalah, Value Creations.Tawaran sebanyak RM49 bilion untuk membeli syarikat petrokimia, LyondellBasell, ditolak. Sejak September, syarikat itu menjual saham Perbendaharaan bernilai RM6.6 bilion untuk tujuan pemerolehan.

5. LAKSHMI MITTAL Nilai bersih: RM95 billion Sumber: Keluli Negara: India PENDUDUK London paling kaya ini menguasai ArcelorMittal, pembuat keluli terbesar dunia. Nilai keuntungannya bagaimanapun merosot 75 peratus pada 2009. Mittal memotong gajinya sebanyak 12 peratus ketika kemelesetan ekonomi. Keadaan ekonomi yang semakin pulih melonjakkan saham syarikat sebanyak satu per tiga tahun lalu.Memperoleh RM3.65 bilion selepas menjual kepentingannya dalam syarikat penapisan minyak di Kazakhstan Disember lalu.

6. LAWRENCE ELLISON Nilai bersih: RM93 bilion Sumber: OracleNegara: Amerika Syarikat HARTA pengasas syarikat Oracle ini terus meningkat. Saham melonjak hingga 70 peratus sepanjang 12 bulan lalu. Syarikat pangkalan data komputer itu membeli 57 syarikat sepanjang lima tahun lalu. Menamatkan pembelian Sun Microsystems pada Januari dengan harga RM25 bilion. Membeli BEA Systems dengan harga RM28.2 bilion pada 2008.

7. BERNARD ARNAULT Nilai bersih: RM91.28 billion Sumber: Barang mewah Negara: Perancis IKON fesyen ini paling kaya di Eropah apabila saham dalam syarikat fesyen pakaian mewah, LVMH, pembuat pakaian berjenama Louis Vuitton, Moet & Chandon meningkat 57 peratus. > LVMH terbabit dalam membangunkan hartanah di Shanghai, L'Avenue Shanghai, bersama bilionair Macau, Stanley Ho. Memiliki syarikat pelancongan, Go Voyages, syarikat pembuat kapal layar, Royal Van Lent; mempunyai saham dalam syarikat pasar raya Perancis, Carrefour.

8. EIKE BATISTA Nilai bersih: RM90 billion Sumber: Perlombongan, minyak Negara: Brazil KEUNTUNGANNYA tahun ini mencecah RM65 bilion. Anak bekas Menteri Perlombongan Brazil ini yang syarikat gergasi perlombongan Companhia Vale do Rio Doce memulakan kariernya menerusi perniagaan emas dan perlombongan. Bertegas mendakwa tidak mendapat bantuan bapa. > Membiayai jawatankuasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro, membantu bandar raya itu memenangi pembidaan Sukan Olimpik 2016.

9. AMANCIO ORTEGA Nilai bersih: RM83 bilion Sumber: Perniagaan fesyen Negara: Sepanyol TERBABIT mengendalikan syarikat fesyen pakaian menjual pelbagai jenama, termasuk Zara, Massimo Dutti dan Stradivarius. Mempunyai 4,500 butik di 73 negara, termasuk kawasan baru di Mexico dan Syria. Mengadakan usahasama dengan cawangan Kumpulan Tata untuk menembusi pasaran India tahun ini. Membeli Cral Gables, menara pejabat yang kini menjadi ibu pejabat Bacardi USA.

10. KARL ALBRECHT Nilai bersih: RM78 bilion Sumber: Pasar rayaNegara: Jerman MEMILIKI pasar raya Aldi Sud, antara yang terbesar dan ternama di Jerman dan Eropah. Mempunyai 1,000 cawangan di 29 negeri di Amerika Syarikat. Anggaran jualan: RM123 bilion. Bersama dengan adik, Theo, memajukan kedai runcit ibu mereka menjadi pasar raya selepas Perang Duinia Kedua. Theo mendapat cawangan di utara Jerman dan negara Eropah lain.

0 comments:

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily