Friday, May 7

Memori bersama EX?

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend pasangan kita?
Tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau adamaya ex-girlfriend pasangan kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka dan jeles.Sudah pasti mesti jeles terutamanya saya.Mungkin ada yang menyampah la nanti. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend pasangan kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Bagai nak meletus gunung berapi..membuak-buak.Haish!
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu kalau ada yang fikir positif macam tu..tapi kalau yang sentiasa fikir negatif,lebih elok le kalau tak ambil tau pasal ex-boyfriend atau ex-girlfriend pasangan kita.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.

Dan macamana pula kalau pasangan kita kata tak boleh nak lupakan ex dorang even ex  dorang dah berkahwin dan mempunyai anak ya?Macam cerita Adamaya kat TV3 tu..

6 comments:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ on May 7, 2010 at 1:49 PM said... [Reply]

kalau kita tahu saper ex bf @ gf kita.....
kita mesti rasa nak wat perbandingan

better jangan tahu....heheheh
nanti kalau kita tahu kisah2 diorang yg sebelum2 nih....hati kita tersentap plak kan...hehehhe

FyZa on May 7, 2010 at 3:15 PM said... [Reply]

huhu..better x yah taw kot..hehe

Mommyyus on May 7, 2010 at 6:04 PM said... [Reply]

xperlu..nanti sakit ati. sbb pompuan ni suke pk bkn.heheh

fikah mus on May 7, 2010 at 10:54 PM said... [Reply]

xpayah ambil tahu dah..
mungkin dah bukan jodoh kita dengan dia..

eRiNsZ on May 8, 2010 at 3:03 PM said... [Reply]

sayer tertau.. kerana si X my hubby adalah bff ku hehehee

dan dia jua tahu ttg my x...

hehe lucu pon ader... bila pnggunaan awalan nama X memasing adalah dilarang
keh kehkeh...
aper pnyer undeng-undeng la...

Syalindajohari said... [Reply]

nak ja aku tuntut cerai kat dok angau kat ex gerlfren dia.

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily