Monday, May 31

Larangan rokok di pejabat swasta mulai esok

KUALA LUMPUR: Larangan merokok diperluaskan ke semua tempat kerja dan pejabat di sektor swasta yang mempunyai sistem penghawa dingin berpusat dan akan berkuat kuasa mulai esok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Beliau berkata keputusan itu yang dibuat di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 menjadikan jumlah kawasan larangan merokok yang diwartakan setakat ini kepada 21.
"Langkah ini supaya kita dapat melindungi kakitangan di pejabat di sektor swasta daripada asap rokok dan langkah ini juga dapat menjaga kesihatan mereka daripada penyakit-penyakit kronik akibat asap rokok," katanya dalam sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Dr Corinne Capuano.
Tema sambutan pada tahun ini "Gender and Tobacco: with an emphasis on marketing to women" atau dalam konteks negara ini, "Wanita dan Tembakau-Berwaspada! memberi penekanan kepada usaha-usaha industri rokok yang menjadikan wanita sebagai sasaran dalam strategi pemasaran rokok".
Antara kawasan yang sudah diwarta sebelum ini ialah pusat hiburan atau panggung wayang, kawasan hospital dan klinik, lif atau tandas awam, tempat makan dan kedai berhawa dingin, kenderaan awam dan hentian pengangkutan awam serta kawasan premis kerajaan. - Bernama

1 comments:

AMIRA IS MIRA on May 31, 2010 at 9:28 PM said... [Reply]

yes. i like this entry

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily