Monday, May 10

Kejap kejap gaduh..

Langit Tidak Semestinya Sentiasa Cerah,itu ler kate pepatah..memang betul..dalam hidup berpasangan ni memang akan sentiasa hadapi suasana macam ni. 
Setiap hari, kita pasti melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kadang tu, kita  lihat  langit cerah, biru dan bersih tiba-tiba jadi gelap,ribut dan angin yang kencang. Samalah kan dalam kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tu tenang setenang-tenangnya dan adakalanya panas macam ledakan gunung berapi. Orang tua-tua selalu kata,
“Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”
Memang tipulah kalau saya katakan yang saya tidak pernah berselisih faham dengan en suami. Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul dalam tempoh  kami bersama. Kadang-kadang isu yang kecil pun boleh menjadikan hubungan jadi  “kurang mesra”. Betul tak ?
Kadang-kadang pula..bila lama tak gaduh..rasa rindu pula nak gaduh-gaduh.Tetapi apabila timbul masalah macam ni, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama lain. Baru la hubungan kita akan kekal.Masing-masing give and take.Jangan nak timbul isu ego.Kau  yang salah,kau le kena minta maaf.
Orang kata cara yang terbaik adalah berdiam diri. Boleh ker kita berdiam diri masa tengah hot camtu,kalau rasa tak boleh,kita pergi la buat kerja lain,biar dia duduk sorang-sorang.biar keadaan sejuk dulu,pastu baru berbincang. Saya harap saya boleh buat macam ni.Jadi isteri dan ibu yang sabar.Boleh gitu?

5 comments:

:"♥Warnida:"♥ on May 10, 2010 at 9:04 PM said... [Reply]

sbar la akak....sllu mcm tu
bwk la brbncang elok2 k...lumrah dunia ....dugaan yg dtg kita trma la dgn tabah ... bersbar la bnyk2 k....bncang elok2

Hazliza Husaini on May 10, 2010 at 9:33 PM said... [Reply]

hehehhe..biasa la..lumrah hidup rumah tangga..orang kata gaduh2 manja ;-)

SheY PuLL on May 10, 2010 at 10:19 PM said... [Reply]

alah biase lah 2...
org kaye klu x gaduh 2 x syg..:)
ape2 pun..mst some 1 kn beralah..:)

farysa on May 10, 2010 at 10:46 PM said... [Reply]

gaduh tu tnde syg
biar ad phit mnis bru hbgn sntiasa erat

princeduyong on May 10, 2010 at 11:18 PM said... [Reply]

sedangkan lidah lagi tergigit...

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily