Thursday, May 20

Isu poligami YB Bung dan Zizie

Untitled Apa yang ai bleh katakan pasal isu ni..sangat kesian..pada isteri pertama..pada isteri kedua , pada YB Bung ,pada saksi-saksi  masa akad nikah tusendiri..Ai rasa kesian..Ntah ler..nak cakap lebih-lebih ai xde ilmu dalam bidang syariah..Ai search dan tengok pandangan dr maza..sebab dia lebih arif dalam hal-hal begini.Youall nak tau jugak ker ape yang dr maza ..baca sendiri ler eak..;-)

 

Saya amat bersimpati dengan apa yang menimpa YB Datuk Bung Mokhtar. Inilah bagi saya undang-undang yang ‘caca-merba’ atas nama agama. Seseorang yang berkahwin dengan proses yang halal diambil tindakan hanya kerana dia berpoligami. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan. Jika pun pihak Jabatan Agama ingin membendung salahlaku atau salahguna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab. Bukan undang-undang mengambil tindakan hanya kerana seseorang itu berpoligami. Undang-undang menyanggahi ruh Islam yang luas dalam masalah ini. Soal keadilan tidak boleh dinilai di sudut tertentu semata sebelum perkahwinan. Entah berapa ramai lelaki yang kononnya layak berpoligami kemudian tidak adil.

Untuk membendung ketidakadilan poligami bukan dengan menghalang poligami. Itu hanya meningkatkan maksiat semata. Sebaliknya, untuk menghalangnya ialah dengan diketatkan undang-undang di sudut keadilan antara isteri kepada suami yang berpoligami. Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi ‘ada yang ternama tidak berkahwin’ bebas dengan pasangannya yang ternama.

Persoalan yang patut difikirkan, adakah undang-undang yang seperti ini boleh dinamakan sebagai undang-undang syariah? Saya bersimpati dengan YB Datuk Bung Mokhtar dan isterinya dalam kes ini.

Sumber:Dr Mohd Asri Zainul Abidin

3 comments:

hanie@nisya on May 20, 2010 at 7:37 PM said... [Reply]

fuu... Entah la ye..

o kambeng hitam o on May 21, 2010 at 1:41 AM said... [Reply]

tak pandai nk komen isu2 berat. haha. lantak demo le

whomyra on May 21, 2010 at 3:39 PM said... [Reply]

hurm ape pn memng dalm undgn2 shariah bung kene mntak izin dlu.then syariah ct yg perlu decide whether bung layak tok berpoligami x.xtau la,ini pndagan sy dari pmbelajaran sy la x bole la simpati kt bung juz bcoz die ade pngkat.hurmm

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily