Monday, May 3

4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda

Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.

Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :

Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…

    4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.

    Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4tanda dibrokenheart1 bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk ‘mengejutkan’ anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.

    1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah  ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?

    2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.

    3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.

    4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

      1. Jika anda mengalami salah satu situasi di atas atau mungkin kesemua sekali petanda di atas, maka anda harus membetulkan keadaan di dalam hubungan anda bermual hari ini.

        credit to senicinta.com

      18 comments:

      aijay on May 3, 2010 at 12:39 PM said... [Reply]

      setju dh laluinya beberapa kali.emmm...dh tegar..now..maleh doh hahhaa

      fmunyraz on May 3, 2010 at 12:42 PM said... [Reply]

      huh...
      setakat ni ok lagi and tidak ada ciri2 di atas.
      nice info..leh amek sebagai petunjuk:)

      ~ ReD ~ on May 3, 2010 at 12:45 PM said... [Reply]

      hohohohoho.kami rajin bergaduh..bertegang urat nasib baik x putus urat merih je. ngeh3..tapi alhamdulillah kekal gak;)

      nabilah_2908 on May 3, 2010 at 1:20 PM said... [Reply]

      hrumm...tanda2 ni berlaku pada sy...sy yg buat en bf mcm ni..dh mula jrakkn hubungn kami..enth la..perasaan sy dh tk sma mcm dulu...myb kecewa dgn sikap dia yg buatkn sy semakin menjauh..huhu...

      slm kenal dari nabilah.. :)

      Anak Perak on May 3, 2010 at 1:29 PM said... [Reply]

      Bagus gak tips ni.x der la kita makan ati.huhu..

      p/s : memang tuliskan color mcm ni ker.ker aku x abis load page ni.terbeliak aku membacanya.

      Ms. Ann on May 3, 2010 at 1:56 PM said... [Reply]

      emmm sekarang nie memang anne tengah gawat slalu gaduh part2 yang remeh temeh nie.. uih.. dha slalu dah.. tapi still leh maintain lagi..

      well yang penting... KESABARAN....

      Love Journal Of HazlizaHusaini'S Family on May 3, 2010 at 2:15 PM said... [Reply]

      betul tu anne..ape yang penting...kerjasama...hehehhe..kesabaarn tu mmg tersangat penting..tp kadang2 terbabas jugak en sabar ni..

      ASaDa RyutaRo on May 3, 2010 at 3:04 PM said... [Reply]

      sudah terlambat.. tak dapat di atur da..

      hurmm..

      biarlah masa menentukan.

      kalau sudah sememangnya jodoh bersama, xkan ke mana jua. pasti akan bersatu..

      semoga mendapat pasangan yang terbaik utk hidup..

      :)

      ~AkukahMilikmu~ on May 3, 2010 at 3:29 PM said... [Reply]

      mmg tepat skali tanda2 ni..

      ice♥ice on May 3, 2010 at 3:42 PM said... [Reply]

      mintak jaoh lah drpd tanda2 ni..huhu.

      safiyyahosman on May 3, 2010 at 4:15 PM said... [Reply]

      minta la xda tanda2 nih..ngee:)

      CikMelur on May 4, 2010 at 10:07 AM said... [Reply]

      ye.. kalau takdirannya berpisah, redha je la.. mungkin itu yang terbaik untuk kedua pasangan.. T.T

      LUT on May 4, 2010 at 9:04 PM said... [Reply]

      haih.. :(

      ninie on May 4, 2010 at 10:11 PM said... [Reply]

      ahaha..Sy len Cte LAk!!
      KteOrg XPenah Gado pn....siyes!!
      Cume dye Da x rajin Contact..law tak mse mule2 pg ptg siang mlm texting2.haaaaa....tu g satu tanda aww..~

      Teroris Cinta on May 5, 2010 at 11:03 AM said... [Reply]

      helo salam kenal, nice blog, kalau boleh saya minta template sobat, bila sudi tlg krm ke email ini ok tan_zil86@yahoo.com. ditunggu yach

      xRaafikx on May 5, 2010 at 11:11 AM said... [Reply]

      info yang bagus. terima kasih. even im single, boleh guna juga kan ? :D

      ✿Lovillea✿ on May 5, 2010 at 11:12 AM said... [Reply]

      alahaiiii sy di tgglkan lepas celebrate besday si dia.. tak de gado pape pon.. bile di ty b4 clash dia kte jgn pkr bukan2.. tup2 hntr msg gtaw dlm mse sme dia syg org lain.. alahaiii jahatnye dia.. kikikiki

      HonEyBuNNy on May 6, 2010 at 12:50 PM said... [Reply]

      Yes....suka entry neh..sebagai lgkh berjaga2..hiih

      Post a Comment

       

      Ratuhati Kami

      • Harith
      • Harith
      • Harith
      • Harith
      • Harith
      • Harith
      • Harith
      • Harith

      Celebs Blog

      Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily