Tuesday, December 8

Perjalanan Bayi Dalam Kandungan






Proses penciptaan suatu makhluk yang dinamakan manusia secara kasarnya mengambil masa dalam tempoh 38 minggu sebelum berlakunya apa yang kita ketahui sebagai mekanisma kelahiran. Dalam tempoh 38 minggu tersebut, pelbagai proses yang kompleks dan rumit berlangsung dalam rahim si ibu bagi menyempurnakan kejadian sebuah makhluk yang bernama manusia.Proses penciptaan sebuah insane terbahagi kepada 3 fasa:

1) Germinal Phase - bermula dari 3 mnggu pertama selepas proses persenyawaan2) Embryonic Phase - bermula dari minggu keempat selepas persenyawaan sehinggaminggu kelapan3) Fetal Phase - bermula dari minggu kesembilan sehinggalah proses kelahiran1] Germinal PhaseFasa permulaan dan boleh dikira antara fasa yang penting dalam proses penciptaan manusia. Kerana dalam fasa ini, berlaku satu proses yang penting iaitu percantuman antara 2 kromosom (kromosom tu secara ringkasnya aturan maklumat genetic seorang manusia) dan percantuman 2 kromosom ini melengkapkan sebuah sel yang dipanggil Zygote. Satu fakta yang kita perlu tahu bahawa JANTINA seseorang telah ditentukan pada fasa ini walaupun pada ketika ini alat kelamin bayi belum lagi terbentuk ( alat kelamin mula terbentuk pada minggu kelima )Dalam fasa ini, benih si ibu atau ovum yang telah disenyawakan akan mula berganjak ke rahim ibu untuk proses penempelan ataupun bahasa saintifiknya implantation of the blastocyst on the endometrium wall of the uterus.
Dalam pada masa yang sama, benih si ibu tadi akan terus berganda bilangan selnya, daripada 2 kepada 4 sel, dari 4 sel kepada 8 sel dan seterusnya anda kira lah sendiri. Proses pembahagian sel ini amat penting dalam menyediakan trilaminar germ layers (senang cakap 3 lapisan sel yang berlainan jenis) di mana lapisan-lapisan ini penting dalam proses perkembangan janin(perkembangan organ-organ janin) dan penting dalam memastikan bayi mampu “survive” dalam kehidupan di alam rahim.


Dalam tempoh 15 hari selepas persenyawaan, umbilical cord ataupun tali pusat janin mulai terbentuk. Tali pusat ini merupakan “nyawa” kepada janin untuk hidup di dalam rahim ibu, kerana segala keperluan seperti udara mahupun zat-zat nutrisi yang diperlukan janin diperolehi melalui tali pusat ini. Sekurang-kurangnya dalam minggu ketiga dalam “germinal phase” ini, trilaminar germ layers telahpun lengkap terhasil melalui proses yang dipanggil gastrulation. Setelah lengkap, sang janin hanya menunggu masa sebelum proses pembentukan organ-organ dalaman dan bahagia badan bermula selepas tamatnya fasa ini.




2] Embryonic phaseDalam fasa ini, boleh dikatakan sebagai fasa permulaan bagi proses penghasilan organ-organ penting dan juga dalam fasa ini, pembentukan sistem peredaran darah pada akhir minggu ketiga. Seterusnya kita dapat lihat tulang belakang janin sudah terbentuk dan mula kelihatan cekung (hal ini disebabkan tulang belakang tu memang cekung, tak lurus).Pelbagai sistem normal yang ada pada seorang manusia mula terbentuk pada fasa ini. Contohnya seperti sistem saraf ataupun nervous system mula terbentuk dengan begitu pesat bermula pada minggu kelima, dan pada masa yang sama sensory organs development seperti mata, telinga dan sebagainya juga mula terbentuk. Degupan jantung janin sudah dapat didengari dengan jelas pada fasa ini. Begitu juga dengan sistem pencernaan manusia seperti hati, usus kecil dan lain-lain. Pada masa yang sama, proses pembentukan kaki dan tangan juga bermula dalam fasa ini, dan pada minggu ketujuh, jari kaki dan tangan sudah pun terbentuk.Pada akhir fasa ini, kita akan dapat lihat bahagian kepala janin sudah hampir sempurna terbentuk termasuk pembentukan mata dan telinga serta hidung. Keadaan janin adalah hampir sempurna pada akhir fasa ini.Dalam “embryonic phase” ini, kadar pertumbuhan janin agak ketara dan pada kadar yang agak laju. Pada permulaan fasa ini, saiz janin hanya 0.2 mm sahaja, tetapi apa yang saya ketahui pada akhir fasa ini, iaitu pada minggu kelapan saiz janin tersebut mencapai antara 21.0-31.0 mm.





3] Fetal phaseDihitung dan dikira, kajian mendapati 90% tubuh badan janin sudah terbentuk pada saat permulaan fasa terakhir ini, dan pada fasa ini kadar pertumbuhan janin amat laju (dalam 5cm setiap bulan sebelum kelahiran). Begitu juga dengan berat janin yang semakin bertambah (700g bagi 2 bulan terakhir)Namun, bayi yang biasanya lahir dalam bulan ketujuh (kes tak cukup bulan laa ni..) biasanya menghadapi pelbagai kesukaran kerana terdapat beberapa lagi sistem tubuh yang masih belum sempurna pembentukannya, seperti sistem saraf tunjang dan system pernafasan.Dalam bulan kelima sebelum kelahiran, si ibu saudah dapat mengesan pergerakan janin yang dikandungkannya.










0 comments:

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily