Wednesday, December 30

New Year New You

salam semua..lamer xupdate..
sekarang nie mood tahun baru..maal hijrah 1431 baru lepas..dan esok lusa tahun baru 2010..
semua orang bila sebut tahun baru, mesti rasa satu permulaan yang segar dan seronok..macam nak lebih fokus,lebih enjoy benda-benda yang kecil, untuk lebih tenang dan mengurangkan rutin yg boleh mendatangkan stress
bila nak berubah,bunyi macam senang. bagaimana dan macam mana nak mula berubah tu boleh jadi agak susah.so dicadangkan supaya merancang sebaiknya..cuba satu persatu perancangan tersebut dan anda akan terkejut dengan pencapaian anda sendiri
di sini ada 10R ( macam rule nurse nak bagi ubat lak) cara untuk anda rancang dan nikmati tahun baru 2010!!
1. Reflect


kadangkala anda tahu anda perlukan perubahan namun anda tak mampu nak terjemah apa yang buat anda rasa tak selesa,kecewa ataupun ‘down’
maka,amik sedikit masa utk berfikir dan menulis apa yang anda pikir,kebimbangan dan kehendak anda. ini adalah satu cara untuk menjernihkan pemikiran, menghadapi ketakutan dan kukuhkan komitment anda.
jika anda tak pasti bagaimana nak bermula,cuba lihat kehidupan anda dari segi persepktif
perhubungan,kerja, kewangan, kesihatan, kreativiti,kerohanian dan juga tempat tinggal anda..bagaimana anda anda rasakan?? tulis dengan specifik dan apa cara anda amik untuk memperbaharuinya.
rasa keliru lagi??
apa kata cuba tulis SENARAI YANG ANDA INGINKAN or WISH LIST..supaya anda tau apa yang anda inginkan..always think big ok?? tulis sekali impian tue jangka pendek,jangka sederhana ataupun jangka masa panjang
APA YANG berlaku dalam hidup anda..catitkan apa yang berlaku apa yang berlaku dalam hidup anda..boleh tulis pasal kerja,family,apa yang merungsingkan anda atau yang membawa keseronokan pada anda tahun baru nie start tulis diary eh?
JIKA SAYA ADA SETAHUN UNTUK HIDUP…apa yang anda lakukan jika anda tahu masa anda makin suntuk??
TULIS IMPIAN SECARA SPESIFIK..contohnya jogging seminggu 2x dari anda tulis nak sihat
tulis IMPIAN YANG BOLEH DIUKUR..contohnya nak kurangkan 3kilo dari pada nak turunkan berat badan aje
Tulis IMPIAN MENGIKUT SPESIFIK MASA..contohnya,nak pergi oversea bulan 5 dari pergi oversea kalau mampu

2. Refresh



buat SATU kerja pada satu masa..walaupun anda boleh cakap di telefon sambil membasuh baju..
cakap ‘TIDAK’ lebih kerap..supaya tiada jadual kerja hujung minggu,almari yang bersepah atau hidup yang selerak dan penuh dengan perkara tak sepatutnya anda lakukan (overloaded)
jangan biarkan telefon ganggu masa anda makan atau masa2 yg spesel..time makan,makan je la..bukan nyer urgent pun nak kena jawab or bls msg tue..huhu
pastikan ada hari yg kosong dlm diary anda..untuk buat sesuatu yg spontan dan plan mengejut
TIDUR SECUKUPNYA…untuk pastikan anda sentiasa sihat dan cergas
CUBA SESUATU YG BARU..leraikan rutin hidup anda..sesuatu yg baru bawa pengalaman baru
sentiasa BERSYUKUR..menikmati apa yang kita ada dari kita meratap yg dah lepas atau risaukan apa yang kita xder
secara psikologinya..kita selalu lakukan perkara yg kita suka dulu dan selepas tue baru perkara kita tak suka..kdg2 langsung tak buat pun
so SEDIAKAN JADUAL untuk perkara yang penting..dan lakukan perkara yang anda MAMPU..


3 comments:

lily lotus on December 30, 2009 at 5:28 PM said... [Reply]

salam new year :)

ibu Airis on January 1, 2010 at 5:53 PM said... [Reply]

hi cheqjieja ek. hehe
kat ne skang? hepi new year

Eric on January 4, 2010 at 2:00 AM said... [Reply]

Good evening and a happy new year!

I'm actually actively seeking for a client of mine for bloggers (higher weightage on Male bloggers)and I stumbled onto your blog.

Hence I decided to email and see if your kindself will be keen on doing an advertorial for my client.

Do let me know and hope to hear from you soon!

Also, do let me know of your unique visitors/page views per day cos' the rates are very dependent on those stats.

Regards,
Eric Yong

Mail to ericyong77@ericyong77.com

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Our Love Journal Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily